Suatu hari aku bersama isteri tercinta menikmati hidangan di salah sebuah restoran di seksyen 7, Shah Alam. Kami merupakan pasangan kahwin muda yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada Syawal yang lepas. Kedua-dua kami berusia awal 20an.
Di kota metropolitan Shah Alam, pelbagai gelagat anak muda dengan pasangan masing-masing dapat di saksikan. ‘couple’ memang bersepah dan ia satu trend yang sukar di halang dan makin merebak hingga ke sekolah rendah. Kebiasaan mereka gemar menikmati dinner di restoran-restoran di sekitar Bandar shah alam. Student kan, jarang yang berpeluang masak sendiri.
Pendek cerita, di restoran tersebut, ‘couple’ dengan gaya mereka sendiri lepak dengan kekasih mereka. Ada yang berpegan tangan(trend minimum couple sekarang), duduk rapat-rapat. Memang agak ramai. Tidak kurang yang makan bersama satu group tanpa mengenal lelaki atau wanita.
Maka, terdetik dalam hati aku, mereka ini selamba sahaja berpegang tangan dengan kekasih mereka. Memang tidak tahu malu. Adakah mereka tidak tahu dosa hal demikian? malah seolah-olah mereka bangga ada copule..orang Terengganu gelar “gelepor”.
Hati kecil aku berkata lagi, "mereka bangga dengan kekasih mereka, mereka riak bila berpegang tangan meskipun terang lagi bersuluh dosanya…maka kenapa aku tidak zahirkan keindahan syariat Islam yakni kahwin kepada mereka..?”
Selangkah dengan itu, tatkala selesai makan, aku bangkit untuk bayar sambil menarik dan pegang tangan isteri. Isteriku agak terkejut sebab aku tidak pernah pegang tangan dia di khayalak ramai. Mujurlah dia tidak menarik tanganya, malah dia memaut lengan aku.
Nah, banyak mata mula memerhati kami. Aku tidak tahu apakah sebab pandangan mereka fokus kepada kami. Yelah, aku berbaju melayu, berkain sarung sahaja dan isteri bertudung labuh. Mungkin pada awalnya mereka fikir ‘budak alim pun couple pun pegang tangan’. Setengah mereka mula memahami kami pasangan suami isteri.
Aku bangga mengamalkan sunnah Nabi aku iaitu berkahwin. Tiada niat berpegang tangan ketika itu melainkan kami mahu tunjuk betapa bahagianya berkahwin muda. Kami tidak perlu takut-takut dan risau tentang dosa. Secara tersirat aku mahu memberi motivasi kepada anak-anak muda di hadapan aku yang sudah ada kemampuan supaya berkahwin segera. Itulah seindah-indah enjoy ketika muda bukan seperti kehidupan Barat..’zaman muda, zaman enjoy puas-puas’ kerana falsafah demikian, akhirnya berlaku zina, berlaku bertukar-tukar pasangan. Sesungguhnya aku ingin promosi sunnah Nabiku. Sabda Nabi SAW:
أعلنوا هذا النكاح
“iklankan perkahwinan ini”(Riwayat Ahmad)
Ketika dalam kereta. Isteri aku bertanya:
” abang, kenapa tiba-tiba sahaja pegang tangan saya di depan orang ramai tadi”
Aku menjawab:
“Pasangan sebelum berkahwin akan berpegang dan berkepit-kepit dijalanan, seolah-olah mencabar hukum Islam itu sendiri. Rata-rata perkara jelek ini telah diterima didalam norma masyarakat kita dan dijadikan budaya. Masyarakat tidak lagi hairan tentang pasangan ‘couple’ sekarang berpegang tangan. Jadi dalam keadaan tadi, abang mahu tunjuk yang lebih utama berpegang tangan adalah orang berkahwin, biar mereka tidak memandang negatif kahwin muda walhal pada masa yang sama menghalalkan campuran lelaki dan wanita.”
Masalah pegang tangan isteri di khayalak ramai adalah harus selagi tidak kelihatan berlebihan adat masyarakat itu sendiri. Di Malaysia, pegang tangan di kalangan orang berpasangan adalah perkara biasa maka jika suami isteri berpegang tangan di khayalak ramai bukanlah perkara yang pelik di mata masyarakat sekarang. Dan jika merasakan ia boleh jadi fitnah, maka lebih baik elakkan.
Ayuh temanku, berkahwinlah. Jika tiada wang atau takut berhadapan risiko kahwin awal atau risau tanggapan sanak saudara…kita boleh jumpa. Sedikit petua akan di kongsi bersama nanti. Sekian..
No comments:
Post a Comment